Khamis, 23 Oktober 2008

AIRIL SEMAKIN MEMBESAR

Sedar tak sedar dah setahun Airil .. Genap 02.10.08 setahun sudah airil.. sekejap je rasa masa berlalu.. Rasa baru semalam umi menyambut kelahiran airil. Semakin hari macam2 akal yang dia dapat. Murah dengan senyuman... opah kata murah rezeki. Rasa rindunya umi ngan airil ... Bangun tido mesti dia senyum & lanyak umi.. sejuk hati umi.

Isnin, 20 Oktober 2008

OPEN HOUSE RUMAH KAK ZAINAH

Hari ni hari posing umi ngan amalina... macam pose diambil oleh Husain, kesiannya dia kena layan karenah umi ngan amalina sampai x sempat nak makan. Sekali-kala mendera apasalahnya.. ya .. He...he.Dalam hati tuhan je yang tahu.. Seronok kat rumah kak zainah.

Gambar kat atas Baby Haikal jadi rebutan diantara umi , ain ngan amalina. Semua nak berposing ngan haikal. Yang bestnya haikal sporting .. seronok agaknya dapat pelukan tilam dunlop coz sebab tu dia tak nangis kot.. Ain nampaknya sifat keibuaan dia...

JAMUAN HARI RAYA PADA 19.10.2008

Hari ni umi buat jamuan, tapi tak sempat nak ambil gambar coz penat sangat... umi masak sendiri dengan pertolongan opah & kakak. Tahun ni ramai yang datang... kawan baba pun datang... meriahlah sikit tahun ni. Ingat nak beli kek kat Secret untuk Airil tapi tak sempat.. baba kemas sampai tgh. tu yang tak sempat tu. Jemputan kul 2.30 tapi nasib baik sempat prepare ... Tq baba , opah , kakak kerana tolong umi menjayakan Jamuan Hari Raya 2008...
Diantara menu yang umi masak :-
1. Soto
2. Lontong
3. Sambal Kacang
4. Rendang Kerang
5. Spageti Tuna
6. Puding Jagung
7. Karamel Buah2an
8. Fruit Koktail
9. Air Oren
Tapi tahun ni sham datang kitaorang semua mcm x caya... kitaorang usik sebab tu hari hujan ribut, kebetulan memang hujan pun. Umi buat open house sampai kul 6.30 ptg tapi ada juga orang datang sampai kul 9.00 malam . Nasib baik makanan adalagi.. Kira tahun ni takde yang lebih sangat..... Penatnya tapi seronok coz kawan2 datang rumah.. Hilang Penat.. Terima kasih kepada semua yang datang rumah umi.... Ummmp

MAJLIS TERBUKA UiTM 2008



Pada 17 Oktober 2008 , UiTM Shah Alam buat majlis terbuka untuk staf2 uitm. Apalagi kitaorang pun tak lepaskan peluang untuk join sekali. Siap tolong catering membuat persiapan . Seronok juga , ya ... Kul 4.15 umi dah balik tapi duduk kat CITU sampai kul 5.00 coz tunggu adik balik..










Jumaat, 17 Oktober 2008

AKSI-AKSI GADIS CELIK MEREMPIT

Actually hari ni umi baru belajar nak buat PhotoScape.. tu yang buat tentang minah rempit.. Comel tak minah rempit ni... saja nak belajar dari sehari ke sehari nanti lama-lama blog mesti cantik dan bertambah comelkan.... ummmp

Cenderahati Untuk M.Terbuka UiTM


Hari ni kitaorang rewang buat cenderati untuk Majlis Terbuka UiTM kat padang Kawat. Umi rasa FUU je nanti yang beri cenderahati.. Inilah hasil keja selepas siap

OPEN HOUSE DAYAH & SANTAI DI JJ


Sampai kat rumah dayah dah lambat hari tu, kul 6.00 baru sampai coz hujan ribut. Ingat diaorang semua dah balik , rupa-rupanya semua ada lagi.. Tu yang berposing-posing tu. Siap pakai seluar sama ngan amalina.

Lepas pegi rumah dayah terus bawa anak2 umi gi Jaya Jusco Bukit Tinggi. Kat sana ada pameran kereta ( yg sebenarnya nak promosi ING) . Lepas tu apalagi berposing2 umi & family. Actually nak cari kasut baba. Tapi umi ngan anak2 beli baju swimming untuk gi Sabah. Balik Kul 12 malam jugalah sampai rumah.. Penatnya.. tapi seronok.

GELAGAT DI PIZZA HUT

Actually, nak makan pizza hut masa bulan ramadan hari tu tapi tak kesampaian , coz my hubby lah busy sangat tiap2 hari keja. Anak-anak pun bising je tiap2 hari bila umi ngan baba nak bawa makan kat Pizza. Akhir nya pada 07.10.2008 kesampaian hajat anak-anak umi . Itupun baba balik keja sampai kul 9.00 malam, kul 9.30 mlm baru pegi makan ngan anak2. Thanks baba & umi bawa pegi makan pizza. Nanti abang, adik ngan baby dah keja belanja baba & umi pulak...

Rabu, 8 Oktober 2008

GELAGAT BERSAMA SEPUPU


Alangkah bahagianya anak-anak umi ni... kalau selalu berkumpul mcm ni kan bset


Comelnya anak-anak umi semuanya .. termasuk anak saudara adalah cahaya kehidupan pada umi .. walau susah hatipun bila tgk gelagat diorang semua sejuk hati ni... bahagia rasanya... sayang semua .. semoga bila besar nanti jadi anak soleh & solehah serta insan yg berguna kpd semua... alhamdullilah

CORETAN AIRIL HILZAMI




Aksi-aksi lucu dan manja Airil Hilzami ... yg ni dah besar mesti hansome.. coz ada lesung pipit.. geramnya mcm nak gigit je pipi dia... Anak umi yang ni lasak sikit.. lain dr abang dan adik.. kuat makan pun ya.. pantang org makan apa semua nak dimakan.. cara dia minta akan cakap " Nak..." Comel ... comel.... baby Cute... ummp

CORETAN ALMIRA HAZIRAH




Aksi-aksi manja Almira Hazirah yang sempat dirakam untuk tatapan... Comel juga anak perempuan umi... like umi like son... he... puteri yang sorang memang suka bergambar.. suruh je dia buat pose apa mesti jadi punya.. Agaknya masa umi mengandungkan dia suka bergambar tak..